Bluetooth vs ZigBe
Salaaaammmm 1Malaysia...mataku sungguh kuyu mengantuk di hari isnin (Monday Syndrome)..walaupun malam tadi tdo seawal pukul 10pm....tapi aku tetap nk buat entry ttg satu lagi teknologi yg belum lagi diperluaskan di Malaysia namun di negara-negara barat dan asia yg lain seperti Korea telah menggunakan teknologi ini seawal thn 2003 (atau mungkin lbh awal dr tu..)..tp di Malaysia ni..pelajar2 baru hendak berkenalan dengan teknologi ini terutamanya yg belajar sama da di universiti atau di politeknik...Teknologi yang aku maksudkan di sini adalah ZigBe...aku nk crk logo pn xde lagi..tpaksala aku letak gambar Bluetooth dulu ok...
Apa pulak ZigBe ni?..untuk pemahaman secara umum..ZigBe ni berfungsi hampir sama dgn teknologi Bluetooth..Yes..betol..utk komunikasi tanpa wayar...di bawah standard IEEE802....sekadar makluman semua...WiFi (WLAN) yg selalu anda gunakan bersama laptop itu adalah dibawah standard 802.11a/b/c/d/e/f/g ...check kt laptop anda sendiri yee...utk WiMax (WMAN) pulak adalah di bawah 802.16...so utk pengguna2 tegar WiFi dan WiMax...sekarang anda ada info sedikit kan..kan..kan?..
Bagaimana pula dengan Bluetooth & ZigBe?...well Bluetooth terkategori dalam standard 802.15.1 manakala ZigBe dalam standard 802.15.4....Satu persamaan kedua teknologi ini ialah kedua-duanya masih aktif digunakan dalam Wireless Personal Area Network (WPAN)..Sungguhpun demikian...ZigBe adalah teknologi yg semakin menganjak ke arah WLAN kerana kelebihannya berbanding Bluetooth...apa kelebihannya berbanding Bluetooth?..
Secara bahasa pasarnya...ZigBe ni lebih maju berbanding Bluetooth kerana kebolehannya berkomunikasi dgn byk peranti dlm satu2 masa....paling senang aku ambik contoh nk hantar gambar guna henpon kita yg canggih tuu..kalau guna Bluetooth..kita hanya boleh hantar kepada satu henpon lain pada satu2 masa...berbanding dgn ZigBe yg boleh menghantar kepada semua henpon lain yg diaktifkan pada satu2 masa...
Namun begitu..mesti korang fikir penghantaran kepada semua boleh menjadi satu kelemahan kepada ZigBe...ohh tidakkkkk...kelemahannya yg satu itu adalah kekuatan teknologi ini..disebabkan keupayaan ZigBe ni mencari 'jumping node' seperti Bee (lebah) yg bergerak secara Zig Zag....(di sinilah nama ZigBe diambil) kita boleh membuat sebuah aplikasi pintar dalam sebuah rumah...bayangkanlah bila anda membuka sahaja pintu rumah..anda mungkin boleh terus mengaktifkan lampu..tingkap..radio dan semua yg kita mahu on/off ketika kita masok rumah...dgn satu click sahaja...best kan?..nxt sem aku nk soh student aku buat projek ZigBe ni kalau trainer kt tpt aku ni berfungsi dgn jayanya...
Trainer yg ada kt tpt aku ni (tgk pic kt atas nih)diambil dr teknologi Korea..jenuh pegi kursus 2minggu kt KL main2 dgn trainer ni + cuba berinteraksi dgn pengajar dari Korea yg xtau ckp English..kene guna translator yg bernama Anna (pemandu pelancong tuu)...lucu pulak bila time kursus..mmg macam ayam dan itik...huhh...well stakat ni shj aku nk perkenalkan ZigBe kepada pembaca entri ku kali ini..aku tinggalkan dgn perbezaan Bluetooth vs ZigBe secara umum utk dibanding-bandingkan.....gham sa ha ni daaaaa....
Bluetooth
Medium power consumption
Data Rate 1Mbits/s
Range within 10meters
ZigBe
Low power consumption
Low data rate (250kbp/s)
Range within 10mtrs-100mtrs
Nota Kaki:
Gambar aplikasai ZigBe di atas dicedok dar website y aku xingat namanya..tp gmbr trainer ZigBe tu mmg aku punye...
Nota Kaki:
Gambar aplikasai ZigBe di atas dicedok dar website y aku xingat namanya..tp gmbr trainer ZigBe tu mmg aku punye...
0 org suka aku:
Post a Comment